Skip to main content

Cara Tanam Rose Jenis Rambat (Rambler/Climbing)

Jom belajar bersama-sama. Saya juga masih newbie cuma bezanya rajin sedikit mendalami ilmu menge-rose (barangkali ya). Justeru  itu, apa yang saya pelajari saya kongsikan di blog ini. Untuk rujukan saya juga.

JENIS ROSE RAMBAT

Ada pelbagai ukuran. Ada yang setinggi 0.30 dan 0.60 hingga 4,5 dan 6 meter. Bagi rose jenis ini, kita kena latih untuk merambat dengan cantik sesuai keinginan kita. Untuk merambatkan mawar kita kena pasang batang tanaman sebagai pendukung tanaman.

PLANNING

Perkara pertama yang perlu kita lakukan sebelum menanam bunga rose rambat kita adalah menentukan lokasi yang sesuai dan memasang penyanggahnya.


  • Pastikan lokasi yang terang, terlindung dan memiliki drainage yang baik. Rose akan tumbuh subur jika terpapar sinar matahari langsung selama 3-6 jam setiap hari dan terlindung dari faktor2 alam yang keras seperti angin kencang. Rose juga harus ditanam di kawasan yang saliran/drainage baik supaya akar rose tidak terendam lama yang boleh akibatkan akar/batang buruk.

PILIH JENIS RANGKA
  • Pilih rangka penyanggah (terpulang jenis apa). Harus kukuh untuk rose merambat dalam keadaan basah dan angin kuat. Pastikan juga ketingian tanaman yang sudah dewasa. Pilih penyanggah yang berupaya menunjang pertumbuhan mawar secara horizontal - seperti pagar. Jangan memilih penyangga yang hanya menyokong pertumbuhan secara vertikal seperti menara. Perhatikan juga kedudukan yang mudah untuk melakukan pemangkasan.
  • Rose rambat yang lebih kecil boleh guna penyanggah setinggi 0.60 - 1.50 meter
  • Rose rambat yang lebih besar perlu sanggah yang lebih kukuh seperti pergola.
  • Keep in mind, jika rose sudah tumbuh kukuh lantas kita mahu menggantikan sanggahnya, pokok akan rosak jadi plan ahead hingga beberapa tahun.

PASANG RANGKA
  • Pasang rangka penyanggah hingga kukuh agar stabil. Jika anda hendak menyandarkan rangka ke dinding, tancapkan rangka tadi sejauh 0.30 - 0.60 meter dari dinding untuk memberikan aliran udara yang mencukupi agar anda boleh menjangkau tanaman saat melakukan pemeliharaan yang diperlukan.



GALI LUBANG SEDALAM 0.60M

Jarak sejauh 50-80cm dari foundasi rangka. Gunakan scoop untuk mengali lubang sedalam 0.60m dan 2x lebih besar dari jaringan akar tanaman. Di lubang inilah rose akan ditanam.


MULCHING


  • Tambahkan mulch seperti jerami, serbuk gergaji, sekam, etc ke atas permukaan tanah. Hati2 agar tidak terkena batang rose. Mulch membantu tanaman mempertahankan air dan melindunginya dari gulma / weeds.


PENYIRAMAN
  • Siram area akar secara menyeluruh 2 kali seminggu. Rose akan tumbuh lebih subur dengan siraman air yang banyak tetapi jarang daripada air yang sedikit walaupun sering. Siram tanah di sekitar pangkal rose minima 2 kali seminggu kecuali hari hujan.

PROSES TRAIN BATANG ROSE RAMBAT




  1. Ikat batang rose ke rangka penyanggah pada tahun pertama pertumbuhannya. Ikat setiap batang dan cabang ke rangka dengan tali elastik agar boleh diadjust bila batang membesar.
  2. Lanjutkan mengikat setiap 40cm batang rose selama tahun pertama. Setelah mengikat seluruh batang ke rangka penyanggah rawat terus. Setelah batang tumbuh  setinggi itu dari ikatan pertama, ikat lagi seperti ikatan sebelumnya.


  • Biarkan  batang rose tumbuh secara horizontal pada tahun kedua pertumbuhannya. Setelah pokok rose telah mantap, train batang yang sihat untuk ditrain merambat secara horizontal.
  • Tujuan - untuk merangsang pertumbuhan tunas baru sampingan atau tunas lateral yang muncul dari batang utama. Dengan adanya tunas samping ini, kuntum bunga akan lebih banyak.


PRUNING


  • Setelah rose berusia 3 tahun, pangkas batang yang sudah tua untuk merangsang pertumbuhan baru.
  • Setelah sekumpulan kuntum utama mekar, buka ikatan pada batang tua coklat yang sudah nampak seperti kayu dan potong dari pangkalnya dengan gunting setek. Pemotongan ini sihat untuk memperbaiki aliran udara dan merangsang pertumbuhan baru.



  • Setelah membuang batang yang mati, rosak atau berpenyakit, potong pula batang yang bersilaangan dan yang menghisap nutrisi iaitu tumbuh di batang-batang di rumpun utama.
  • JANGAN memangkas tanaman utama sama sekali SELAMA 3 TAHUN AWAL kehidupannya.
  • Rambatkan sisa batang yang sihat.

SELAMAT MENCOBA ✌




Comments

Popular posts from this blog

Tips Cara Tanam Rose | Growing Good Roses

Salam Rosarian semua. Hari ini saya nak kongsi pembelajaran di Youtube tentang cara budidaya rose yang benar. Selamat menambah ilmu meng-eros ya. Sila lawat FB Page saya ya. My mini garden. EcoBorneOo Nursery

Hello Rosarian

Saya buat blog ini sebagai medium perkongsian berkenaan bunga rose | mawar dalam bahasa melayu. Untuk dijadikan rujukan buat diri saya dan juga rakan-rakan pencinta bunga rose. Ini kerana saya sering terlupa tips2 yang saya baca atau tengok melalui youtube kerana kepala otak punya database sudah overloaded. Semoga bermanafat ๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹