Siapa tak suka bungakan? Semua orang suka bunga termasuk monyet...meskipun bukan semua mahu | rajin | pandai dan ada masa gardening ni.
![]() |
| Imagine Ada Taman Rose Seperti Ini |
| Tiada Bunga Daun pun Okay lah 💗💗 |
Saya terjebak menge-ros ini sekitar bulan April 2019 yang lalu. Tetiba sahaja. Hahahaha... semua gara2 wall Fb saya dipenuhi posts bunga especially rose.
Opss sorry, dinner time. I sambung nanti. 👌
Kembali ke..? oh... tagline ni dah lapuk ke? Orait. I DAH SIAP MAKAN. Ala kadar saja yang penting perut terisi. Masa I rajin memblog ni baik teruskan, otherwise nanti tingal kenang-kenangan. Jangan tak tau, banyak blog I tinggal2 kan.
Bagaimana Timbul Minat Menanam Bunga Rose?
Tetiba teringin nak buat mini nursery. Nak jual bunga konon2nya. Dan paling minat bunga rose lah kerana sangat cantik. I ni pula ada satu perangai buruk.. kalau nak kan sesuatu nak terus terjun macam bidan terjun hihi. Banyak juga saya belajar tentang cara budidaya rose aka mawar ini. Kalau youtube topic rose rasanya kebanyakan I dah tengok. Blog2 tentang rose baca. Join club roses di Facebook juga untuk menuntut ilmu dari otai2. Alhamdulillah, banyak juga ilmu dari sifu2 otai Rosarian.
PERINGATAN PENTING!
Jika anda nak berjinak nak menanam rose - digalakkan elok anda pelajari dulu cara2 yang betul kerana menge-ros ini bukan sesuatu yang mudah walaupun tidak mustahil juga.
Kembali ke..? oh... tagline ni dah lapuk ke? Orait. I DAH SIAP MAKAN. Ala kadar saja yang penting perut terisi. Masa I rajin memblog ni baik teruskan, otherwise nanti tingal kenang-kenangan. Jangan tak tau, banyak blog I tinggal2 kan.
Bagaimana Timbul Minat Menanam Bunga Rose?
Tetiba teringin nak buat mini nursery. Nak jual bunga konon2nya. Dan paling minat bunga rose lah kerana sangat cantik. I ni pula ada satu perangai
PERINGATAN PENTING!
Jika anda nak berjinak nak menanam rose - digalakkan elok anda pelajari dulu cara2 yang betul kerana menge-ros ini bukan sesuatu yang mudah walaupun tidak mustahil juga.
- Jenis Rose yang nak ditanam. Rose kampung? Hybrids? Grafted? Own Roots? Shrubs? Climbing? Setiap roses ada keperluan cara penjagaan. Yang bestnya semua maklumat itu ada dihujung jejari anda. Tanya saja Mr. Google or Ms Yahoo - beterabur maklumat depa bagi kaw-kaw.
- Medium yang sesuai untuk Roses. Ini paling penting. Jika salah medium, 90% kebarangkalian untuk rose anda mati sudah pasti. Bagi pemula, mungkin tidak faham apa itu medium? maksudnya - campuran tanah yang digunakan untuk tanam rose sama ada tanam di pasu atau atas tanah. Di posting kemudian, saya akan ajar cara saya, atau you'll boleh google juga jika memang anda belum tau.
- Pencahayaan. Ini pun penting. Roses perlukan direct sunlight antara 4-6 jam matahari pagi. Paling elok dari jam 8am-11am. Jika terlalu panas, Rose pun kurang subur (pengalaman saya).
- Penyiraman. Biar kurang sedikit jangan lebih. Dulu2 mula2 menge-ros - I ikut apa yang I baca. Siram 2 kali sehari. Akibatnya banyak pokok roses saya buruk akar | batang. Cara yang betul anda rasa kelembaban tanah. Jika masih lembab, tidak perlu siram. Saya siram sekitar jam 10-11am supaya roses dapat bertahan dengan terik mentari dan juga agar daun sempat kering. Jika siram selepas 5pm, elakkan daun terkena air untuk elakkan blackspot dan penyakit-penyakit lain. Roses ini, senang mudah kena penyakit. That's why ramai tak mau tanam. Apakan daya hati dah terpaut 💖💖💖.
- Pembajaan. Roses ini kuat makan! Baja seminggu sekali. Atau 2 minggu sekali. Bagi pokok yang ada masalah, rawatan intensif 3 kali seminggu dengan ubat2 dia - pesticides, fungicide, rawatan kanker batang etc. Baja organik seperti baja tahi ayam yang dah proses, kulit udang, kulit ketam dan bone meal rose suka. Boleh selang-selikan dengan baja kimia (result lebih cepat tapi tak boleh guna berpanjangan).
Perkembangan Terkini
Kerana dah gila dengan roses, saya order berpuluh-puluh (lebih kurang 70 pokok) grafted roses online. Baka roses dari Thailand. Yang hidup 30-40% sahaja. Banyak jua RM MELAYANG dan HANGUS. Hal ini pun memang lumrah dalam proses pembelajaran menanam rose. Faktor kegagalan setelah post-mortem (ewahhh) adalah kesilapan saya sendiri juga selain masalah batang pokok itu.
- Masih kekurangan ilmu
- Pokok stress dalam penerbangan dari KUL-BKI
- Masalah penjagaan bila out-station
Bagaimanapun, I tak berputus asa lagi. Meski pun minat dah berkurang nak beli grafted rose ber-ID kerana nak belajar dulu cara tanam yang betul.
MASALAHNYA SAYA NI BUKAN GREEN FINGERS!!!
Tangan panas sangat kot. Orang lain cucuk jerrr dah tubuh... I bagi nutrients macam2 tetap macam budak Somalia tak cukup makan ja. 👅👅👅👅👅
Beginilah gigihnya I belajar ilmu roses
![]() |
| Ini Rose Kampung macam White Prosperity. I tanam atas tanah. Cantik berjambak. |
![]() |
| Antara koleksi Grafted Rose ber -ID. Kebanyakan dah ke Syurga.
Planning Jangka Panjang
Akan tetap menjadi mummy duri 💘
DAH TERLANJUR CINTA.
|





Comments
Post a Comment